GURLBIKE.INFO

Dating sulam tangan tudung bawal online body, she's fine

Assalamualaikum. Aku Em, nak kongsi sikit sebanyak kisah hidup aku yang aku harap dapat dijadikan teladan supaya orang lain dapat belajar dari kesilapan aku inshaAllah, dan yang penting yakinlah Allah maha menerima taubat hamba2Nya. Aku ringkaskan cerita ye, harap korang tak boring.

Pada tahun 2006, aku sambung belajar di matrikulasi selama setahun. Result SPM agak bagus, tapi masa belajar kat sini dah start suka bercinta so end up result akhir cukup2 makan 3 pointer je sebab ilmu ni susah nak masuk kalau hati kotor. Macam mana tak kotor, asyik ingat kat bf je selalu pastu asyik call, borak, dating. Disebabkan pointer begitu, dapat jugak masuk ipta tapi course biasa2, masa tu fikir alah takpe asalkan masuk U. Dah masuk U makin panjang pulak langkah kaki, selalu keluar jalan2 dengan kawan2 ke sana sini, kadang tu lepak kedai makan dengan kawan lelaki perempuan sampai tengah malam, kadang tu keluar berdua dengan kawan lelaki tengok wayang, ataupon jalan2 amik angin, dan aku selalu tukar2 bf. Masa tu aku cari bf yang tak tinggal solat (acah2 baik kot kahkahkah), so ada la 5-6 kali kot tukar bf.

Itu bab perangai, bab pakaian pulak masa tu rasa macam dah okay cantik sangat, selalunya aku pakai jeans, tshirt sendat dan tudung bawal (jarang siap nampak tocang n telinga kat dalam). Masa tu famous tudung bawal batu la sulam la berjenis2 bawal (shawl takde lagi masa ni). Tapi, masa belajar dulu aku dah start tak tinggal solat, solat jugak walaupon hujung2 waktu, masa tu konsep asalkan solat. Dapat geng pon sama, jenis yang memang akan solat walaupon lambat (alhamdulillah Allah masih sayang) walaupon pakaian tah apa2 huhuhu.. Masa zaman kegelapan aku ni, aku jugak anti dan tak suka dengan orang pakai tudung labuh, dan kadang2 aku ke surau nak solat nampak diorang berkumpul (masa tu aku tak tahu usrah tu apa) aku selalu kata dalam hati “eleh, pakai je tudung labuh2 tapi entah2 dok mengumpat orang, bukan baik pon”, sedangkan hakikatnya aku tak kenal pon orang2 bertudung labuh ni, aku nampak je terus buat andaian yang busuk. Masa dah hujung2 degree, aku makin lama makin lone ranger, aku dah kurang kawan2 dan mostly jadi musuh aku, aku selalu dengar diorang mengumpat, mengata dan cari gaduh dengan aku sampai aku down.

Long story short, aku habis ijazah aku terus sambung buat master. Aku rasa hidup aku memang hit rock bottom masa master ni. Ingatkan masa buat master ni hidup aku lebih baik lah, rupanya lagi worse. Masa ni aku nakal jugak, selalu dating dengan bf. Bf yang sama sejak degree dan aku couple dengan dia paling lama sejak third year kot (tak ingat) , since couple dengan dia aku dah tak tukar2 bf macam tukar baju dah. Dia baik, tak ambil kesempatan, tapi yelah dah couple/dating ni kan dosa Allah tak bagi tapi buat jugak, masa ni dah start selalu sangat bergaduh. Asal jumpa ja meluat sangat rasa, tapi sayang lagi tak putus pon. Masa tengah buat master ni, Allah bagi ujian bertalu-talu kat aku, macam2 jadi, antaranya aku dapat kawan2 yang suka sangat pandang material, suka barang2 branded, suka mengumpat mengata orang sampai aku terikut2. Bila aku start jauhkan diri, aku pulak yang dipulaukan dan jadi bahan kutukan.

Masa tu stress sangat Tuhan je tahu, so aku cuba ignore makhluk2 tu dengan siapkan research aku cepat2, tapi aku diuji lagi, aku ada masalah dengan thesis, dengan publication, dengan examiner, dengan viva voce (setahun tunggu nak viva je) sampai tahun keempat baru aku boleh grad setelah give up berkali-kali tapi kuatkan semangat sabar jugak. Airmata jangan cakap la, sampai dah kering. Dalam masa yang sama Allah uji aku lagi, dengan “sakit” , agaknya sebab terlampau stress dengan kawan2 dan stress belajar. Masa aku “sakit” aku selalu rasa nak mati, nak kelar tangan, rasa benci dekat semua orang, rasa semua orang mengata aku, lepastu aku tak boleh tidur malam, tak boleh buat kerja langsung sebab malam takleh tidur, siang aku selalu tertidur sampai tengahari, dan paling teruk aku tak boleh mengaji langsung, sangat2 berat masa tu, solat pulak kena paksa diri dan setiap kali solat aku menguap mengantuk dan separuh sedar. Masa tu aku tahu ada something wrong dengan aku, sebab aku selalu mimpi pelik2, dan jadi panas baran sentiasa mengamuk. Alhamdulillah lepas 2-3 kali buat rawatan kat pusat rawatan Islam ( setelah dipaksa) aku dah makin sihat.

Kemuncak ujian Dia bagi ni yang buat aku berubah slow2. Ditakdirkan tahun 2015, aku perasan ada bengkak pada anggota badan aku, dan setelah berbulan2 aku berulang ke hospital untuk checkup, doktor sahkan aku ada tumor dan perlu dibedah secepat mungkin sebab doktor takut tumor to cancerous (diorang tak dapat pastikan melalui biopsi). Masa ni sekali lagi aku tanya Dia, kenapa aku yang diuji macam ni?? hari2 aku menangis sebab stress, tunggu tarikh pembedahan macam tunggu tarikh mati weh, dah la major operation, macam2 aku fikir, aku takut lepas operate aku dah tak bangun la, dah la dosa banyak lagi. Masa ni apa nasihat orang bagi pon aku dah tak amik port.

Dalam 2-3 hari sebelum operation aku start bangun solat malam mintak ampun sebab aku takut aku mati masa operate, pastu aku start baca al-quran sikit2 yang dulunya jarang sangat aku baca. Aku kena warded sehari sebelum operation, aku bawak al-quran n aku baca yassin back-to-back non-stop, takde masa kosong aku biar tanpa aku baca quran sebab itu sahaja ubat penenang aku masa tu. Bab makan takyah cakap la, berkilo2 turun sebab tak lalu makan. Masa kat hospital adik beradik aku, kawan2 n bf aku setia ada dengan aku. aku pesan kt diorang (perempuan je), tolong jaga aurat aku dan tolong jagakan solat aku, sebab aku takut aku lupa. diorang baik sangat, tolong bersihkan darah2 n iodin kat badan aku, tolong amikkan wuduk, tolong menggelabah panggilkan nurse bila ada yang tak kena dengan aku, tolong tadahkan muntah sepanjang malam. Masa tu tak sangka ramai sangat yang datang melawat (sampai nurse jeling2 kat katil aku sbb meriah sangat) dan ada je yang jaga aku lepas operation sebab post-op paling worse la takleh makan takleh minum, muntah2, tak boleh baring. Untuk satu tempoh aku tak boleh drive nak pergi kerja tapi ada je kawan2 yang tolong tumpangkan hari2.

Rupanya ujian2 Allah bagi selama ni hikmahnya sangat-sangat-sangat besar Subhanallah.. betapa nikmatnya rasa manis setelah merasa yang pahit kan. Sejak episod kena operation, hati aku lebih tenang sebab rasanya masa tu first time aku baca al-quran sangat kerap, dan yakinlah yang al-quran ni memang betul2 penyuci jiwa. Sejak tu aku bersyukur sebab Allah tunjukkan masih ramai yang sayangkan aku dan Allah buka hati aku untuk berubah. mula2 aku untuk join group usrah, mula2 paksa diri je attend sekali seminggu, lama2 rindu kalau takde usrah. Usrah ni ada group whatsapp, naqibah aku buat satu program supaya istiqamah baca al-quran, tiap2 hari kena update baca quran at least 2 page, lambat update dia akan whatsapp tanya. Alhamdulillah setelah berbulan2 sejak tu aku makin cintakan al-quran dan resah kalau tinggalkan quran.

Lepas 2 bulan setelah operation pulak tiba2 Allah bukakan hati keluarga bf aku untuk datang meminang (selama ni family dia tak approve n aku dah give up dulu), semuanya secara tiba2 dan dalam masa 6 bulan kitorang kahwin. Dalam masa bertunang tu aku selalu terfikir, akan bahagia ke kitorang ni, sebab kitorang kan tak baik sangat, couple pastu selalu dating. Tapi aku fikir Allah kan maha menerima taubat, so aku cuba sedaya mungkin try jaga solat aku, dan aku paksa diri ke masjid belajar agama, dan kurangkan dating. Alhamdulillah, lepas kahwin both of us trying to get better by trying to get closer to Allah, kitorang cuba pelan2 ubah. Benda first kitorang buat adalah solat jemaah sama2 tak tinggal, kedua aku akan minta maaf setiap kali solat, kalau time ‘cuti’ aku akan minta maaf sebelum tidur, ketiga, dia selalu pantau bacaan aku, mana tajwid salah dia betulkan. Kesan daripada betulkan bacaan tu sangat besar, hati aku makin cinta pada Allah, dan aku dapat rasa mudah untuk buat amal ibadat.

Aku yang dulunya tutup aurat separuh2, sekarang aku dah start labuhkan tudung, longgarkan baju, berstokin n berhandsock. Dulu aku rasa tutup aurat ni kolot, tak stylo, sekarang kalau aku nampak orang pakai longgar dan labuh aku rasa cantik. Aku dah tak gilakan hiburan macam dulu, aku dah tak follow lagu2 inggeris terkini, aku dah tak gilakan drama2 korea sampai tak tidur malam, aku dah tak suka sangat pergi shopping mall, aku dah kurang jadi kaki upload ootd kat ig, aku dah tak kejar duit semata2, aku dah kurang show off apa yang aku ada, dan aku dah tak kejar lepak2 kat kedai mahal2 n hipster. Dulunya duit tak pernah cukup, kereta asyik rosak. sekarang dengan amaun yang sama cukup untuk bagi kat mak n bantu adik beradik, kereta pon jarang buat masalah dah.

Benda ni semua jadi sendiri, asalkan kita ada niat dan berusaha untuk berubah. Doakan aku istiqamah ok. Suami la yang paling happy tengok aku berubah, dia suka aku tutup aurat, dia suka aku masak walaupon lauk biasa2, dia sokong aku sambung PhD. Alhamdulillah pada kebahagiaan yang Allah bagi aku pinjam ni. walaupon tak kaya, rumah kampung kecik, n belum ada rezeki anak, aku bersyukur sangat2. Sejak kahwin, bf yang dulunya tak sweet, garang, malas nak layan aku, sekarang dah jadi suami yang sangat baik dan sweet, tak pernah tak tolong kerja rumah walaupon dia penat bekerja, dan selalu layan aku macam tuan puteri dan sekarang dah hampir setahun kami kahwin Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara hubungan kami sampai syurga.

so, kesimpulannya kat sini, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Besar mana pon dosa kita, cepat2 bertaubat n berharap keampunan dari Dia dan janji jangan ulang lagi kesalahan sama.

Semoga bermanfaat..
Terima kasih Allah..

– Em

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

https://iiumc.com/allah-masih-sayang/